Moral pemain Perak ‘down’ teruk - Yee Fatt - Utusan Malaysia

Moral pemain Perak ‘down’ teruk – Yee Fatt

DALAM keadaan pandemik cabaran MFL adalah memastikan Liga M dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengendali Perak, Chong Yee Fatt mengakui berada dalam situasi sukar untuk menaikkan moral pemain Bos Gaurus selepas dibelasah5-0 oleh Terengganu FC kelmarin dan kini meng­huni tangga ketiga tercorot Liga Super.

Bagaimanapun katanya, barisan pemain perlu segera bangkit apabila bertemu Kuala Lumpur esok jika tidak mahu berdepan nasib lebih buruk.

“Carta liga tidak memihak Perak, jadi setiap baki lapan perlawanan dianggap sebagai perlawanan akhir untuk menyelamatkan pasukan.

“Tewas lima gol tanpa balas menyebabkan mental pemain jatuh dan kami tiada pilihan selain meningkatkan motivasi mereka sebelum keadaan menjadi lebih genting,” katanya dalam sidang akhbar kelmarin.

Menurut Yee Fatt, keserasian pemain import baharu belum berkesan, selain jentera serangan diketuai Nana Poku serba tidak menjadi.

Katanya, banyak lagi kelemahan perlu dibaiki untuk mengembalikan kepercayaan penyokong.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Mohd. Nafuzi Zain enggan mendabik dada atas kemenangan bergaya kerana yang penting buat Sang Penyu adalah mengutip tiga mata secara konsisten.

“Tidak sangka boleh menang 5-0 kerana kami tahu bertemu Perak bukan tugasan mudah.

“Paling mustahak adalah kemenangan walaupun hanya 1-0 sudah memadai dan (malam ini), rezeki berpihak kepada kita untuk menang besar,” katanya.

Nafuzi berkata, tonggak muda kelahiran Bahrain, Habib Haroon yang mengemudi jentera tengah memberi impak dalam aksi sulung dengan mengawal rentak permainan Sang Penyu.

“Saya sangat berpuas hati de­ngan prestasi Habib, kehadirannya memberi keseimbangan kepada pasukan ketika bertahan dan menyerang,” katanya.

Terengganu yang menduduki tangga kedua liga akan bertemu Melaka United, Rabu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya