Machell sangat profesional - Utusan Malaysia

Machell sangat profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kemampuannya belum diuji tetapi apa yang pasti pemain import baharu  Bos Gaurus, Charlie Machell sangat profesional.

“Dia sungguh profesional. Sikapnya sungguh menyenangkan hati pegawai dan rakan sepasukan.

“Saya berharap kami telah membuat pilihan yang baik dan dia akan menunjukkan teladan terbaik kepada anggota pasukan yang lain ,” kata Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt mengenai pemain kelahiran England itu.

Machell, 26, boleh bermain di dua posisi iaitu tengah dan menyerang tetapi setakat ini Yee Fatt tidak pasti dengan pasukan manakah dia akan beraksi.

“Tengok dulu di mana kesesuaian pemain itu yang sudah didaftarkann bersama pasukan Liga Perdana, Perak II,” kata Yee Fatt.

Selain Machell, turut didaftarkan dalam pasukan pembangunan Perak bimbingan Syamsul Mohd. Saad itu ialah Samir Ayass dan Ghislain Guessan.

Jad Noureddine dari Lebanon dan pemain Indonesia berketurunan Cameroon, Zoubairou Garba didaftar untuk pasukan Liga Super yang dijangka bersambung pada 24 Julai ini.

“Mereka boleh bermain untuk pasukan Liga Super atau Perak II,” katanya.

Selain itu Perak mengekalkan khidmat dua pemain Brazil, Leandro Dos Santos dan Careca.

Dua pemain itu berhasrat meninggalkan Perak ketika pasukan itu bergolak baru-baru ini tetapi kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.