Impian Wimbledon Barty terus menyala - Utusan Malaysia

Impian Wimbledon Barty terus menyala

Ashleigh Barty membalas pukulan Ajla Tomljanovic pada suku akhir Wimbledon hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Impian menjadi kenyataan buat Ashleigh Barty selepas pemain No. 1 dunia itu melangkah ke separuh akhir tenis Wimbledon buat kali pertama dengan menyingkirkan rakan senegara dari Australia, Ajla Tomljanovic pada suku akhir hari ini.

Juara Terbuka Perancis 2019 itu langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap Tomljanovic apabila menang mudah 6-1, 6-3, sekali gus menempah pertemuan dengan bintang Jerman yang juga juara 2018, Angelique Kerber.

“Ia menakjubkan. Alja pesaing yang hebat, kami selalu berlatih bersama dan sudah tentu, dia adalah rakan sepasukan saya dalam Piala Fed, jadi dia tahu bagaimana hendak memaksa saya mengeluarkan segala yang terbaik.

“Seluruh Australia bangga dengannya dan hari ini saya gembira dapat berkongsi gelanggang bersamanya,” kata Barty.

KAROLINA Pliskova meraikan kejayaan menewaskan Viktorija Golubic pada suku akhir Wimbledon hari ini. – AFP

Sementara itu, bekas pemain No. 1 dunia, Karolina Pliskova dari Republik Czech turut melangkah ke separuh akhir Wimbledon buat pertama selepas menewaskan pencabar dari Switzerland, Viktorija Golubic 6-2, 6-2.

Pliskova yang kini menduduki ranking ke-13 dunia akan berdepan pilihan kedua kejohanan, Aryna Sabalenka dari Belarus yang mudah menyingkirkan pemain Tunisia, Ons Jabeur 6-4, 6-3 dalam satu lagi saingan suku akhir.

Setakat ini, Pliskova belum pernah memenangigelaran Grand Slam dengan pencapaian terbaiknya dalam saingan major itu adalah sebagai naib juara pada Terbuka Amerika Syarikat pada 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN