Hafizh sedia menghadap TMJ - Utusan Malaysia

Hafizh sedia menghadap TMJ

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mungkin menghadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membincangkan me­ngenai minat Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu untuk menajanya.

Hafizh yang kini menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kampung Pandan bagaimanapun tidak boleh me­ngulas lanjut kerana baru tiba ke tanah air.

Pelumba berusia 27 tahun itu berkata, dia sedia mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail sebaik sahaja kuarantin pada 12 Julai ini.

“Buat masa sekarang, tidak banyak yang saya boleh cakap tapi saya berterima kasih kepada TMJ kerana sudi untuk membantu. Saya pasti pihak TMJ juga tahu saya sudah balik Malaysia.

“Mungkin saya akan berjumpa Tunku Ismail selepas selesai kuarantin. Tidak tahu bila mungkin dalam masa terdekat kerana saya bercuti sebulan,” katanya pada sidang akhbar dalam talian semalam.

Tunku Ismail menarik perhatian peminat sukan permotoran negara apabila menzahirkan minat menaja Hafizh yang kini beraksi bersama pasukan RW Racing GP dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.

Tunku Ismail pernah menyalur tajaan kepada petinju profesional, Muhamad Farkhan Haron serta jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin.

Sementara itu, Hafizh tanpa berselindung mengakui tidak berpuas hati dengan aksi ditampilkan dalam beberapa perlumbaan sebelum ini gara-gara berdepan masalah teknikal yang tidak boleh dielak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya