Demi Harimau Malaya, FAM mahu laksanakan 'biomedical bubble' - Utusan Malaysia

Demi Harimau Malaya, FAM mahu laksanakan ‘biomedical bubble’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi memanfaatkan kalendar FIFA, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu melaksanakan ‘biomedical bubble’ bagi memastikan skuad Harimau Malaya mampu mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa di dalam negara.

Bermula 30 Ogos hingga 7 September nanti, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan kembali berkumpul bagi membuat persiapan menjelang aksi kelayakan pusingan akhir Piala Asia 2023.

Difahamkan, FAM menggunakan kaedah yang sama yang diterapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk pertandingan Liga Juara-Juara dan Piala AFC yang menyaksikan tiada berlaku penularan Covid-19 sepanjang kejohanan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menegaskan, pihaknya telah menghantar proposal kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Khamis lalu.

STUART RAMALINGAM

Pihak AFC sendiri bersedia memberi bantuan kepada FAM dalam memastikan perlaksanaan ‘biomedical bubble’ berjalan lancar jika MKN membenarkan perkara itu dilaksanakan di Malaysia.

“Kita telah menghantar surat berkenaan cadangan untuk melaksanakan ‘biomedical bubble’ kepada KBS yang telah dipanjangkan kepada MKN.

“Di mana mengikut fakta dan statistik menunjukkan tiada langsung transasi Covid-19 yang berlaku, selain ‘biomedical bubble’ ini telah dilaksanakan oleh berpuluh negara ketika ini.

“Dalam surat kepada KBS juga, kita meminta untuk bersama KBS dalam perjumpaan dengan MKN bagi membuat pembentangan yang jelas berkaitan statistik, SOP (prosedur operasi standard) dan langkah yang perlu dilaksanakan.

“Pihak AFC juga bersedia untuk memberi sokongan dan bantuan kepada FAM dalam melaksanakan perkara itu yang telah laksanakan oleh AFC dan FIFA dalam ratusan perlawanan di serata Asia ketika kelayakan Piala Dunia dan Liga Juara-Juara Asia (ACL),” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Melihatkan kepada kejayaan yang berjaya dicapai menerusi ‘biomedical bubble’ FAM berharap pihak MKN bersedia mempertimbangkan permintaan tersebut bagi memberi peluang kepada skuad Harimau Malaya membuat persiapan rapi bagi merealisasi misi layak ke Piala Asia 2023.

“Tiga pasukan menunjukkan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia, iaitu Hong Kong, India dan Palestin. Daripada tiga kita akan pilih dua dan kemungkinan besar adalah Taiwan dan Palestin.

“Kita mahu memanfaatkan kalendar FIFA ini sebaik mungkin untuk memantapkan skuad negara dalam mempersiapkan pasukan menjelang aksi kelayakan Piala Asia tahun depan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.