Tandukan Rodriguez cukup bantu Argentina - Utusan Malaysia

Tandukan Rodriguez cukup bantu Argentina

GUIDO Rodriguez (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Argentina menewaskan Uruguay dalam aksi Copa America di Stadium Mane Garrincha, Brasilia hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Uruguay masih gagal menewaskan Argentina dalam saingan Copa America selepas 32 tahun apabila tandukan Guido Rodriguez cukup untuk memastikan skuad La Albiceleste menang 1-0 dalam aksi Kumpulan A hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Argentina mengungguli kumpulan dengan mengumpul empat mata bersama Chile, manakala Uruguay masih gagal meraih sebarang mata.

Uruguay tidak pernah mengalahkan Argentina dalam saingan Copa America sejak 1989.

“Kami berhak menang. Hari ini, kami lebih mantap dan menyukarkan lawan untuk menembusi gawang.

“Barisan depan kami sangat bagus. Mungkin mereka tidak banyak menjaringkan gol dalam perlawanan ini tetapi mereka boleh menembusi gawang pasukan lain,” kata pemain tengah Argentina, Rodrigo de Paul.

Pemenang Balon d’Or enam kali, Lionel Messi yang mengetuai serangan Argentina mempunyai peluang awal, namun percubaannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera.

Argentina berada di depan pada minit ke-11 selepas Rodriguez menanduk hantaran cantik Messi.

Tersentak dengan jaringan itu, Uruguay mula memperkemaskan permainan namun Argentina juga tidak memperlahankan serangan mereka.

Di sebalik menguasai perlawanan, Uruguay gagal menguji kemampuan sebenar penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Meskipun diperkuatkan dengan Luis Suarez dan Edinson Cavani di jentera serangan, Uruguay masih bergelut untuk mencipta peluang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.