Sumareh, Safawi mungkin dipisahkan? - Utusan Malaysia

Sumareh, Safawi mungkin dipisahkan?

SAFAWI Rasid (tengah) mungkin terpaksa bermain di sayap kiri jika Sumareh diturunkan di sayap kanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka tetap menurunkan Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid dalam kesebelasan utama menentang Vietnam meskipun terdapat pandangan menyatakan kedua-dua pemain itu tidak sesuai bergandingan kerana berada di posisi yang sama.

Sumareh dan Safawi merupakan pemain sayap kanan dan jika diturunkan bersama, Cheng Hoe terpaksa meletakkan Safawi di bahagian kiri. Posisi itu menyukarkannya untuk beraksi cemerlang.

“Memang benar, kalau dua-dua pemain ini diturunkan mereka akan bertukar posisi. Kalau Safawi duduk kanan, Sumareh akan duduk kiri. Kalau Sumareh kanan, Safawi akan duduk kiri.

“Kedua-dua pemain ini memang memiliki kekuatan di sebelah kanan tetapi mereka boleh menyesuaikan diri jika diturunkan bersama tetapi untuk aksi menentang Vietnam kami belum putuskan kesebelasan utama,” katanya.

Terdahulu, bekas jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh menyarankan Cheng Hoe untuk memilih salah seorang di antara Sumareh atau Safawi untuk berada dalam kesebelasan utama.

Saranan itu dibuat selepas mendapati gandingan tersebut yang beraksi di posisi sayap kiri dan kanan kurang serasi sepanjang di Dubai dan perlu dipisahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya