fbpx

Reds tidak ‘lepaskan’ Salah

MOHAMED Salah masih cuba merayu kepada Liverpool agar dibenarkan beraksi di Olimpik Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mohamed Salah dan Ibrahima Konate akan mengambil bahagian dalam program pramusim Liverpool selepas kelab itu menolak permintaan mereka untuk beraksi buat negara masing-masing pada Sukan Olimpik Tokyo bulan depan.

Mesir sebelum ini mengemukakan permohonan untuk menggunakan khidmat Salah bagi mengisi salah satu daripada dua kuota pemain lebih umur dalam skuad bawah 23 tahun yang akan beraksi di Jepun dari 22 Julai hingga 7 Ogos.

Perancis pula memanggil bek kanan yang baru dibeli daripada RB Leipzig pada harga 36 juta pound (RM209.39 juta), Konate bagi menguatkan cabaran skuad Olimpik.

Di bawah peraturan badan bola sepak dunia, FIFA, kelab tidak wajib melepaskan pemain untuk Sukan Olimpik yang berada di luar kalendar perlawanan antrabangsa.

Liverpool telah menjelaskan pendirian mereka kepada semua persatuan terlibat bahawa tiada pemain mereka dibenarkan terlibat dengan temasya sukan terbesar dunia itu.

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan kehilangan ramai pemain jika membenarkan Salah, 29, menyertai Mesir. Beberapa tonggak juga sedang beraksi dalam Kejohanan Eropah dan Copa America.


Reds dijangka terlepas khidmat Salah, Sadio Mane dan Naby Keita selama sebulan apabila Piala Negara-Negara Afrika 2021 berlangsung dari 9 Januari hingga 6 Februari tahun depan.

Salah yang meledak 43 gol dalam 69 perlawanan buat negaranya dilaporkan akan membuat rayuan terakhir kepada kelab untuk membenarkannya beraksi buat Mesir di Tokyo.

“Saya tidak mahu kata ia mustahil untuk Salah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tapi ia sangat sukar,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Mesir, Ahmed Megahed. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI