Piala AFF 2020 tetap diteruskan - Utusan Malaysia

Piala AFF 2020 tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Piala AFF 2020 tetap diteruskan dengan Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) sedang mempertimbangkan untuk menukar format pertandingan kepada venue berpusat ekoran ancaman Covid-19.

Presiden AFF, Khiev Sameth dalam satu kenyataan hari ini berkata, undian kejohanan akan diadakan pada 10 Ogos, namun lokasi majlis undian, selain pertandingan akan diumumkan nanti.

“Walaupun AFF berhasrat untuk mengadakan kejohanan menerusi  jadual lengkap iaitu perlawanan diadakan dengan aksi timbal balik di tempat sendiri dan lawan, kami juga perlu bersiap sedia menghadapi kesan pandemik Covid-19 termasuk kemungkinan menggunakan format alternatif seperti pertandingan secara berpusat.

“Kesihatan dan keselamatan pihak berkepentingan menjadi keutamaan apabila kami mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk kejohanan ini.

“Pengumuman lebih lanjut mengenai acara itu akan dibuat pada Julai,” katanya.

Mengikut pindaan jadual sebelum ini, Piala AFF 2020 sepatutnya diadakan sekitar April hingga Mei 2021.

Bagaimanapun AFF menangguhkan kejohanan kepada 5 Disember hingga 1 Januari 2022 disebabkan penularan Covid-19 di seluruh dunia, selain kesukaran pasukan tuan rumah untuk mengadakan perlawanan.

Vietnam turun sebagai juara bertahan selepas menewaskan dalam perlawanan akhir 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya