Mueller bantu pesta gol Jerman - Utusan Malaysia

Mueller bantu pesta gol Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUSSELDORF, Jerman: Thomas Mueller meledak gol antarabangsa pertamanya dalam tempoh tiga tahun ketika membantu Jerman membelasah Latvia 7-1 dalam aksi pemanas badan terakhir menjelang Euro 2020 awal pagi tadi.

Latvia yang menghuni ranking ke-138 dunia bukan ujian terbaik buat Jerman yang dalam persiapan menghadapi Perancis pada aksi pembukaan Euro lapan hari dari sekarang.

Selepas dua tahun diketepikan daripada bola sepak antarabangsa, pemenang Piala Dunia 2014, Mueller mencatat nama selaku penjaring manakala bintang Liga Perdana seperti Ilkay Gundogan dan Timo Werner juga menemui gawang dalam aksi itu.

“Keputusan bukanlah perkara paling penting, ia lebih kepada corak permainan yang kami mahukan dan apa yang hendak dilakukan nanti.

“Saya rasa bagus, ia kemenangan yang meyakinkan, tapi kami tahu Perancis akan menjadi lawan yang berbeza, itu sesuatu yang jelas,” kata Mueller yang menjaringkan gol pertama Jerman sejak Mac 2018.

MANUEL Neuer menerima penghormatan daripada rakan sepasukan ketika membuat penampilan ke-100 buat Jerman.

Kapten Jerman, Manuel Neuer menerima penghormatan daripada rakan-rakan sepasukan sebelum sepak mula apabila bergelar penjaga gol pertama mencipta penampilan ke-100 buat pasukan kebangsaan.

Penjaga gol veteran berusia 35 tahun itu melalui malam yang sepi dalam kariernya di Duesseldorf.

Dia jarang diuji sehingga pemain tengah Latvia, Aleksejs Saveljevs menewaskan pertahanan Jerman dan menjaringkan gol saguhati 15 minit sebelum tamat.

Ketua Jurulatih Jerman, Joachim Loew membuat empat pertukaran daripada skuad yang seri 1-1 berdepan Denmark. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya