Harimau Malaya turun tanpa naturalisasi ? - Utusan Malaysia

Harimau Malaya turun tanpa naturalisasi ?

NORSHAHRUL Idlan Talaha (tengah) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Dubai semalam dalam persiapan akhir menghadapi Thailand awal pagi nanti. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Cheng Hoe mungkin bersedia merehatkan pemain naturalisasi dan memberi kepercayaan penuh kepada pemain tempatan apabila menentang Thailand dalam aksi penutup kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 awal pagi esok.

Pengendali skuad kebangsaan itu juga akan menggunakan segala info yang diperoleh daripada tiga ‘pengintip’, Norshahrul Idlan Talaha, Dominic Lau dan Junior Eldstal, yang kesemuanya mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Thailand.

Selepas gagal memberi impak dalam dua aksi pertama menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam, ramai yang mahu melihat Guilherme de Paula serta Liridon Krasniqi direhatkan daripada kesebelasan utama.

Syafiq Ahmad diharap mampu kembali mengetuai serangan, manakala ketiadaan tiga tonggak akibat penggantungan, Cobin Ong, Mohamadou Sumareh dan Syamer Kutty Abba dijangka membuka laluan kepada pemain remaja sensasi, Arif Aiman Hanapi serta Syahmi Safari membuat kemunculan dalam kesebelasan utama.

“Kita sudah dapat lihat pasukan kembali ke landasan yang tepat pada pertemuan menentang Vietnam tetapi ia mbelum sempurna kerana ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Ini kerana menguasai perlawanan saja tidak mencukupi sebaliknya perlu mencipta lebih banyak peluang mendapatkan gol dan situasi itu ada pada pasukan dua tahun lalu (beraksi tanpa De Paula, Liridon)

“Sudah tentu, aura pasukan 2019 berbeza kerana kami dapat menyerang serta bertahan dalam satu pasukan yang saya percaya bakal memberi impak lebih positif dan saya harap situasi itu kita dapat saksikan semula esok (malam ini),” katanya.

PEMAIN Malaysia menjalani latihan akhir semalam menjelang pertemuan dengan Thailand. – IHSAN FAM

Kali terakhir skuad negara menang pada aksi antarabangsa adalah ketika menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk saingan awal kumpulan G pada November 2019 sebelum pentas bola sepak Asia dihentikan seketika ekoran pandemik Covid-19.

Begitupun, prestasi skuad negara yang merosot susulan rentetan kekalahan pada aksi pemanas badan menentang Kuwait (1-4) dan Bahrain (0-2) selain dua saingan peringkat kumpulan apabila tewas 0-4 kepada UAE dan 1-2 kepada Vietnam baru-baru ini bakal memberi khabar gembira buat skuad Gajah Perang.

Cheng Hoe juga berkata, beliau sudah mengutip maklumat tambahan daripada Dominic (Police Tero 2019), Junior (Chonburi FC) dan Norshahrul Idlan (BG Pathum United) yang berpengalaman bermain di Thailand untuk mengetahui serba sedikit rahsia pasukan negara itu.

“Kita juga telah saksikan aksi Thailand bertemu Indonesia dan UAE sebelum ini dan mereka masih kekal dengan corak permainan seperti yang kita tahu apabila mempunyai kebolehan serangan balas pantas.

“Beberapa pemain muda mereka juga memiliki kualiti individu yang baik seperti Suphanat Mueanta, Supachai Chaided dan Ekanit Panya yang perlu diberi perhatian khusus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya