Harimau Malaya kembali 'mengaum' - Utusan Malaysia

Harimau Malaya kembali ‘mengaum’

PEMAIN Harimau Malaya memberi penghormatan kepada penyokong yang beradai di Stadium Al Maktoum, Dubai selepas pertemuan menentang Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengalami dua kekalahan di Dubai, kejayaan menumpaskan Thailand 1-0 dalam aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 awal pagi tadi melegakan semua penyokong bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican antara yang lega dan gembira melihat Harimau Malaya kembali ‘mengaum’, malah memuji semangat yang ditunjukkan anak-anak buah Tan Cheng Hoe sepanjang perlawanan di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam aksi tersebut, sepakan penalti pemain gantian,Safawi Rasid pada minit ke-53 memastikan tiga mata diraih Malaysia, sekali gus menutup kempen Kumpulan G di tangga ketiga di belakang UAE dan Vietnam.

“Harimau Malaya kembali mengaum! Alhamdulillah! Dengan sepakan penalti Safawi Rasid, Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang berjuang dengan penuh semangat pagi ini.

“Inilah prestasi yang perlu kekal di dada setiap pemain Harimau Malaya-dengan lencana yang membawa nama negara. Saya bangga dengan aksi pada malam ini. GOOD GAME Harimau Malaya!,” kata Reezal Merican dalam media sosial.

Kejayaan membenam Thailand itu membolehkan Malaysia melangkah secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, bagi terus menghidupkan peluang beraksi dalam kejohanan berpresij yang akan diadakan di China.

Dalam aksi pertama di Dubai pada 4 Jun lalu, Malaysia kalah 0-4 kepada UAE sebelum tewas 1-2 kepada Vietnam pada Sabtu lalu.

Harimau Malaya juga kalah dalam kedua-dua perlawanan pemanas badan menentang Kuwait (1-4) dan Bahrain (0-2). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya