Hafizh bersemangat buru mata di Catalunya - Utusan Malaysia

Hafizh bersemangat buru mata di Catalunya

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas me­ngutip mata dalam dua perlumbaan berturut-turut, Hafizh Syahrin Abdullah berada pada momentum terbaik untuk memulihkan kariernya dan ber­azam terus memburu mata apabila saingan MotoGP dunia bersambung di Sepanyol, hujung minggu ini.

Dalam Grand Prix (GP) Itali kelmarin, pelumba Moto2 negara itu mempamer aksi menakjubkan apabila menamatkan saingan di tangga kesembilan selepas bermula dari petak ke-20.

Kejayaan itu membolehkan pelumba NTS RW Racing GP tersebut mengutip tujuh mata, pencapaian terbaiknya musim ini selepas meraih satu mata di Le Mans, dua minggu lalu.

Begitupun, seperti rakan-rakan seperjua­ngan yang lain, Hafizh terkesan dengan kematian pelumba remaja Switzerland, Jason Dupasquier yang terlibat dalam kemalangan pada sesi kelayakan Moto3, Sabtu lalu.

“Penamat 10 teratas membuatkan saya gembira tapi pemergian Jason sangat menyedihkan kerana kami keluarga besar dalam kejuaraan MotoGP dunia. Saya dedikasikan kejayaan ini buatnya,” kata Hafizh yang dipetik dalam laman web rasmi NTS RW Racing GP.

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH. – IHSAN Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

Bos pasukan, Jarno Janssen percaya, prestasi Hafizh di Mugello mampu menjadi batu lonjakan untuk melakar persembahan lebih baik dalam perlumbaan akan datang.

“Terutama apabila anda meng­anggap kami akan berdepan masalah disebabkan jurang kelajuan dengan jentera lain.

“Kami sangat positif untuk menghadapi GP Catalunya (Sepanyol) dan berlepas dengan semangat tinggi,” kata Janssen.

Pencapaian itu membuktikan Hafizh kian serasi dengan jentera NTS selepas mengharungi enam perlumbaan setakat ini.

Begitupun pelumba negara itu sepatutnya mampu meraih kedudukan kelapan namun di­pintas saat akhir di laluan lurus oleh Cameron Beaubier.

“Saya cuba lawan di ‘breaking’ dan selekoh. Di pusingan akhir saya cuba menjarakkan kedudukan tapi bila laluan lurus agak sukar kerana jentera saya masih kekurangan aerodinamik atau kelajuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya