Fokus Piala Asia 2023 - Utusan Malaysia

Fokus Piala Asia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya perlu segera menutup buku lama dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aksi menentang Thailand pada Rabu ini dalam usaha melayakkan diri ke Piala Asia 2023.

Jurulatih  kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, beliau tidak mahu memandang rendah terhadap kepayahan Thailand pada pertemuan kali ini biarpun Malaysia pernah mencatat kemenangan 2-1 ke atas mereka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada November 2019.

“Kami masih ada peluang untuk menduduki tangga ketiga peringkat kumpulan sekali gus meraih slot kelayakan Piala Asia 2023 yang seterusnya.

“Jadi, kami perlu fikir untuk aksi berikutnya bertemu Thailand. Menentang Gajah Perang bukan mudah, kena ingat mereka lebih bagus daripada kami.

“Sudah tentu sebagai jurulatih, saya perlu membuat persediaan dan melakukan pemulihan sebelum bertemu dengan Thailand nanti,” kata Cheng Hoe dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam, semalam.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe, yang kehilangan ayahnya kira-kira 12 jam sebelum sepak mula dengan Vietnam berkata, anak-anak buahnya telah memberikan persembahan yang baik sepanjang perlawanan bertemu skuad Naga Emas, cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

Beliau juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pemainnya di atas kekalahan kepada Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai itu.

“Saya tidak boleh salahkan satu atau dua pemain sebab bola sepak adalah sukan berpasukan. Kami perlu buktikan bahawa kami boleh beraksi dalam satu pasukan.

“Saya yakin Harimau Malaya mampu bangkit semula pada perlawanan akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya