fbpx

14 Jun 2021, 8:40 am

  TERKINI

Cheng Hoe kehilangan bapa beberapa jam sebelum jumpa Vietnam

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Itu dugaan yang dihadapi Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe apabila kehilangan bapanya beberapa jam sebelum membawa Malaysia berdepan tugas getir menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai awal pagi esok (12.45 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bapa Cheng Hoe, Tan Chooi Siak menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun akibat sakit tua di kediaman mereka di Taman Pelangi, Alor Setar, sebentar tadi.

“FAM mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak, 95 pada hari ini, Jumaat 11 Jun 2021.

“Semoga pemain dapat balas kepercayaan dengan kemenangan malam ini,” tulis FAM dalam satu kenyataan.

Utusan Malaysia difahamkan, Cheng Hoe, yang baru menyambut ulang tahun ke-53 pada 30 Mei lalu tidak akan pulang ke tanah air, sebaliknya kekal bersama skuad kebangsaan sehingga tamat perlawanan menentang Thailand pada 16 Jun ini