Wak Doyok mahu balas kepercayaan Tunku Ismail - Utusan Malaysia

Wak Doyok mahu balas kepercayaan Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas tujuh tahun mengenali Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Guilherme de Paula teruja akhirnya dapat bekerjasama dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Menurut De Paula, yang terkenal dengan julukan Wak Doyok, dia tidak sabar untuk memulakan aksi bersama Harimau Selatan dan berjanji untuk memberi yang terbaik.

Penyerang naturalisasi Harimau Malaya itu tidak kisah sama ada diturunkan dalam Liga Super mahupun Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Selepas tujuh tahun saya bertemu dengan bos (Tunku Ismail) buat kali pertama pada 2014, akhirnya impian saya menjadi kenyataan dan saya sudah menandatangani kontrak dengan JDT.

DE Paula (kiri) dan Shahrul Saad ketika diperkenalkan sebagai pemain JDT, Sabtu lalu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya kerana selalu berada di sisi sepanjang masa terutama ketika semua orang tiada.

“Terima kasih juga kepada ejen saya, Valdir Souza yang selalu memberi semangat dan sokongan. Saya tahu perjalanan karier saya masih jauh dan memerlukan komitmen tinggi, kerja keras dan disiplin.

“Terima kasih banyak atas kepercayaan anda dan saya berjanji akan membalasnya dengan memberi yang terbaik,” katanya dalam Instagram.

De Paula, 35, dan tonggak pertahanan, Shahrul Saad meninggalkan Perak FC untuk menyertai JDT pada Sabtu lalu.

Isu gaji tertunggak antara faktor yang mendorong De Paula nekad angkat kaki meninggalkan The Bos Gaurus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya