Vida tak sabar beli Perak FC - Utusan Malaysia

Vida tak sabar beli Perak FC

VIDA bergambar di depan Stadium Perak, Ipoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas ‘dirisik’ oleh Perak FC baru-baru ini, Datuk Seri Hasmiza Othman nampaknya cukup bersemangat untuk menjadi pemilik kelab Liga Super itu apabila bergambar di depan Stadium Perak, Ipoh hari ini.

Lebih dikenali sebagai Vida, beliau kemudian memuatnaik gambar berkenaan dalam Instagram bersama kapsyen: “Patutkah saya buat langkah baru? Apa komen sayang semua?.”

Status Vida yang turut meletakkan tanda pagar #thebosgaurus #ipohperak mendapat reaksi daripada ribuan penyokong Perak, di mana rata-rata menerima kehadiran jutawan kosmetik itu dengan ‘tangan terbuka’ tapi memintanya agar tidak menukar pasukan kepada warna Merah Jambu seperti yang dilakukan kepada Kelantan.

VIDA bergambar di depan Stadium Perak, Ipoh.

Ketika menjadi penaja utama Kelantan pada 2016 dan 2017, Vida bertindak menukar Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu kepada warna merah jambu, selain turut memperkenalkan jersi pink kepada pasukan.

“Saya nikan dah ada pengalaman, jadi sebelum apa-apa saya kena pergi tengok, tinjau, post-mortem kali ini tak boleh silap lagi.

“Dulu pun bukan silap tapi memandangkan senario bola sepak negara banyak dia punya, hanky-panky,” katanya dalam video ringkas di Instagram.

Kelmarin, Vida memberitahu Utusan Malaysia, beliau telah ‘dirisik’ oleh beberapa individu dalam Perak FC untuk mengambil alih pasukan itu yang kini berdepan masalah kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya