Sorakan penyokong di luar stadium naikkan semangat Atletico - Utusan Malaysia

Sorakan penyokong di luar stadium naikkan semangat Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sorakan penyokong Atletico Madrid di luar stadium sangat kuat hinggakan boleh didengari dengan jelas oleh pemain, sekaligus membuat mereka amat bersemangat ketika menewaskan Real Sociedad 2-1 hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Atletico selangkah menghampiri kejuaraan La Liga dengan mengukuhkan kedudukan pendahulu kepada empat mata mengatasi kelab tangga kedua, Barcelona ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Jaringan Yannick Carrasco dan Angel Correa memberi tiga mata penting buat Atletico, yang jelas menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri biarpun tanpa kehadiran penonton di dalam stadium akibat pandemik Covid-19.

Juara bertahan, Real Madrid yang memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan di tangga ketiga dengan 75 mata dan mampu merapatkan jurang jika mengalahkan Granada pagi esok.

“Ia sangat emosional mendengar penyokong menyanyi dari luar stadium. Saya faham keputusan kerajaan tapi memandangkan banyak sektor lain sudah dibuka, saya juga memahami keperluan peminat bola sepak.

“Perlu ada usaha untuk memastikan bola sepak juga dibenarkan mempunyai penonton kerana itu yang kami perlukan ketika ini,” kata pengendali Atletico, Diego Simeone.

Sejurus tamat perlawanan, Simeone memasuki terowong di Wanda Metropolitano dengan gembira kerana sedar betapa pentingnya kemenangan ini.

Di luar stadium, penyokong setia Atletico bersorak gembira dan ketika kemenangan disahkan, situasi semakin meriah dengan nyalaan bunga api.

Atletico juga boleh mengesahkan kejuaraan apabila mereka menanti kunjungan Osasuna, Isnin ini.

Satu lagi kemenangan bakal menyingkirkan Barcelona dari saingan memburu kejuaraan liga tidak kira apa juga keputusan kelab Catalan itu apabila bertemu Celta Vigo.

Real juga akan terlepas kejuaraan liga jika mereka tidak meraih enam mata penuh bertemu Granada dan Athletic Bilbao. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya