Quartararo sambar petak pertama - Utusan Malaysia

Quartararo sambar petak pertama

Fabio Quartararo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE MANS: Hanya 11 hari selepas menjalani pembedahan di lengan kanan, pelumba kegemaran tuan rumah, Fabio Quartararo meraih petak pertama dalam Grand Prix (GP) Perancis yang berlangsung penuh dramatik, sebentar tadi.

Dalam saingan yang berlangsung di atas permukaan trek basah di Litar Bugatti, pelumba pasukan Yamaha dari Perancis itu mencatat mencatat masa terpantas sesi kelayakan untuk mengatasi rakan sepasukan, Maverick Vinales, diikuti pelumba Ducati, Jack Miller di tempat ketiga.

Kejayaan itu meletakkan pelumba berusia 22 tahun tersebut di landasan baik untuk memburu kejuaraan ketiga musim ini selepas sekadar menduduki tangga ke-13 dalam perlumbaan terakhir di Sepanyol, 2 Mei lalu ekoran kecederaan lengan kanan.

“Keputusan yang menakjubkan. Saya gembira berjaya menyambar petak pertama buat kali kedua berturut-turut di sini,” kata Quartararo.

Quartararo yang menjuarai GP Doha dan Portugal meraih petak pertama buat kali ketiga musim ini.

Dia berharap untuk memenangi perlumbaan esok bagi memintas kedudukan pendahulu dunia yang kini milik Francesco Bagnaia (Ducati).

Selepas empat perlumbaan, Bagnaia mengumpul 66 mata, hanya dua mata meninggalkan Quartararo, manakala Vinales ketiga (50).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya