PSG mahu Salah ganti Mbappe - Utusan Malaysia

PSG mahu Salah ganti Mbappe

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang penyerang Liverpool, Mohamed Salah berada dalam senarai teratas Paris Saint-Germain (PSG) untuk menggantikan Kylian Mbappe yang mungkin meninggalkan kelab musim depan.

Sejurus selepas tersingkir dari separuh akhir Liga Juara-Juara, PSG sudah memulakan misi mencari pengganti Mbappe dan bersedia berbelanja besar untuk membawa Salah ke Paris.

Mbappe, 23, menjadi senjata utama jentera serangan PSG dengan meledak 37 gol daripada 43 perlawanan musim ini, namun dia yang memasuki tahun terakhir kontraknya masih belum menyatakan persetujuan untuk kekal di Parc des Princes.

Kegagalan mara ke final Liga Juara-Juara menyukarkan PSG untuk meyakinkan Mbappe agar kekal dan bintang Perancis itu kini terbuka kepada beberapa kelab, termasuk gergasi La Liga, Real Madrid dan Barcelona, selain Liverpool.

Bagi Salah, kontraknya bersama Reds hanya berakhir pada hujung 2023, namun sejak beberapa minggu lalu bintang Mesir itu menyuarakan kekecewaan kerana kelab masih tidak memulakan rundingan penyambungan kontrak.

Pada Mac lalu, Salah mencetus kebimbangan peminat apabila memberitahu ‘kita tengok saja apa akan berlaku’ ketika ditanya mengenai kontraknya.

Salah mengharungi karier gemilang sejak menyertai Liverpool dari AS Roma pada 2017, termasuk merangkul kejuaraan Eropah dan Liga Perdana Inggeris.

Dalam 198 penampilan, dia telah meledak 123 gol, selain 45 gerakan gol. Biarpun Reds mengharungi musim 2020-2021 yang agak gambar, namun Salah berjaya mengekalkan standard permainannya dengan meledak 29 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya