Persiapan atlet Olimpik 2020 tidak terjejas jika PKP - Utusan Malaysia

Persiapan atlet Olimpik 2020 tidak terjejas jika PKP

REEZAL Merican Naina Merican (dua kanan) menyampaikan surat perlantikan pekerjaan kepada penerima pada Majlis bersama Rakan Industri dan Rakan Strategik Pelaksana Skim Perantisan Nasional (SPN) di Hotel Dorsett, Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persiapan atlet negara yang bakal beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai nanti tidak akan terjejas seandainya kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kesemua atlet itu sudah biasa dengan model Gelembung Sukan yang dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, mereka semua sudah terbiasa menjalani latihan menggunakan pendekatan kuarantin (quarantine based approach).

“(PKP) tak ganggu mereka kerana sudah terbiasa dengan model yang diperkenalkan dalam Gelembung Sukan.

“Saya boleh katakan mereka semua antara penjaga pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dan saya tidak risau kerana semuanya terkawal,” katanya.

Menurut Reezal, kepulangan atlet-atlet lain daripada menyertai kejohanan-kejohanan lain di luar negara bagaimana sedikit membimbangkan pihaknya.

“Saya risaukan mereka (atlet) yang beraksi di kejohanan luar negara yang berisiko tinggi antaranya Portugal dan Poland sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis bersama rakan industri dan rakan strategik pelaksana Skim Perantisan Nasional (SPN) di Satria Ballroom, Dorsett, Putrajaya hari ini.

Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai kerjasama rakan industri dan rakan stategik pelaksana SPN dalam membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan peluang pekerjaan kepada belia melalui SPN.

KBS telah menerima komitmen 4,623 tawaran jawatan kosong dan seramai 524 orang perantis telah diberikan penawaran daripada syarikat yang menyertai skim berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya