fbpx

5 Ogos 2021, 3:48 pm

  TERKINI

Pemain memberontak, boikot latihan

KEADAAN di pekarangan Stadium Perak ketika pemain Perak FC memulaukan sesi latihan malam semalam. - UTUSAN/GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Isu gaji lewat terus mencengkam pemain Perak FC hingga bertindak memboikot latihan di Stadium Perak, malam ini.

Latihan yang sepatutnya bermula pukul 10 malam sebaliknya bertukar menjadi sesi perbincangan antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Rizal Ali Naiz Ali.

Menurut sumber, antara isu dibangkitkan ialah kelewatan pembayaran gaji serta pemain mahu meninggalkan pasukan.

Sumber itu berkata, penjelasan Rizal berjaya meredakan ketegangan dan harapan untuk mengatasi kemelut cerah sekali.

“Perbincangan antara pengurusan dan pemain akan bersambung hari ini dan tanda-tanda jalan penyelesaian ditemui cerah sekali lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu menyifatkan kejadian yang berlaku sebagai satu detik hitam dalam sejarah bola sepak Perak.


“Seingat saya belum pernah berlaku pemberontakkan dalam kalangan pemain sebelum ini.

“Saya juga hairan kerana kehadiran yang ramai termasuk pihak media elektronik dari Kuala Lumpur yang seolah-olah sudah ‘menghidu’ akan berlaku insiden malam ini.

Dalam suasana kalut itu ada pihak menangguk di air keruh dengan mengibarkan bendera Perak separuh tiang.

“Tidak tahu siapa yang buat tetapi ia nyata tindakan tidak cerdik kerana melambangkan berkabung akibat kematian,” kata sumber itu lagi. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI