Melaka kempunan lagi - Utusan Malaysia

Melaka kempunan lagi

PEMAIN Melaka United, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (tengah) melepasi dua pemain PJ City dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mendominasi perlawanan dengan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi tuah tidak memihak kepada Melaka United apabila sekadar seri 0-0 dengan Petaling Jaya (PJ) City dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Tuan rumah menguasai perlawanan tetapi banyak peluang untuk mencipta jaringan disia-siakan oleh anak-anak buah
Zainal Abidin Hassan.

Keputusan tersebut melihat Melaka United terjerumus ke tangga kedua tercorot dengan mengutip 11 mata daripada 13 perlawanan.

Sudah pasti cuti rehat liga selama dua bulan membolehkan pihak pengurusan tertinggi Melaka United FC (MUFC) memikirkan langkah terbaik dan mungkin merombak pasukan bagi memastikan skuad
itu tidak tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Skuad Sang Kancil bagaikan harimau lapar cuba mencari gol awal memulakan rentak permainan apabila penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat beraksi dalam kesebelasan utama.

Pada minit ke-12 Melaka mencemaskan benteng pertahanan PJ City namun sepakan lemah Stefan Nikolic sekadar ke dakapan Kalamullah Al-Hafiz.

Anak didik jurulatih, Zainal Abidin Hassan terus menggandakan asakan peluang sekali lagi hadir pada minit ke-24 tetapi sepakan Manuel Ott jauh melewati palang gol.

Peluang terbaik tampil pada minit ke-31 tetapi dikecewakan apabila tandukan pemain tengah Ahmad Syamim Yahya sekadar menyingahi palang gol.

Benteng PJ City jelas tertekan dan kali ini kesilapan penjaga golnya, Kalamullah hampir membawa padah pada minit ke-33. Dia gagal menangkap kemas sepakan percuma pemain import Melaka, Sony Norde.

Bola yang muntah tepat ke kaki Wan Zaharulnizam yang melepaskan sepakan kaki kiri tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol PJ City.

Peluang terbaik buat tuan rumah untuk memecah kebuntuan jaringan gol hadir tiga minit sebelum rehat apabila tandukan kencang Nikolic hantaran Wan Zaharulnizam berjaya ditolak keluar oleh
Kalamullah.

Sebaik saja babak kedua bermula tuan rumah terus tumpul untuk mencari gol kemenangan hingga ke wisel penamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya