Malaysia tak pernah dan tak akan benarkan kemasukan atlet Israel - Utusan Malaysia

Malaysia tak pernah dan tak akan benarkan kemasukan atlet Israel

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah dan tidak akan memberi kelulusan kepada atlet Israel untuk menyertai sebarang kejohanan di negara ini, termasuk badminton Terbuka Malaysia 2021 yang telah ditangguhkan.

Kenyataan tersebut hadir selepas kecoh di media sosial pasangan beregu campuran ibu dan anak dari Israel, Misha Zilberman-Svetlana Zilberman ‘lolos’ untuk beraksi dalam Terbuka Malaysia yang sepatutnya diadakan di Bukit Jalil hujung bulan ini tetapi dipinda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Dakwaan itu berpunca selepas nama mereka berada dalam undian awal yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga sedia maklum mengenai perkara ini dan telah menyampaikannya kepada BWF.

“Mereka juga telah menjelaskan bahawa jadual undian yang dikeluarkan BWF tidak pernah diluluskan oleh BAM mahupun KBS untuk tujuan kemasukan ke Malaysia.

“Saya juga sentiasa mengingatkan semua kelulusan penganjuran kejohanan sukan antarabangsa oleh KBS melalui Pesuruhjaya Sukan tertakluk kepada dasar luar negara, ini termasuklah larangan penyertaan atau penglibatan dari negara Israel tanpa sebarang kompromi,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya