Maaf jika komen 'jiwa' buat ramai marah - Utusan Malaysia

Maaf jika komen ‘jiwa’ buat ramai marah

SHAM MAT SAHAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Datuk Sham Mat Sahat meminta maaf berhubung kenyataan beliau pasukan hanya memberikan keutamaan kepada pemain yang ada ‘jiwa’ dan mahu berjuang bersama skuad Bos Gaurus.

Menurutnya, kenyataan itu membawa maksud setiap pemain perlu mempunyai jiwa dan semangat sayangkan pasukan Perak ketika pasukan itu berdepan masalah pembayaran gaji namun ia menimbulkan kemarahan penyokong.

“Kenyataan bahawa saya hanya minta pemain punya jiwa kekal berada dalam pasukan Perak telah membuatkan peminat dan orang ramai marah kepada saya.

“Jadi jika benar saya silap, saya mohon maaf,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) membuat kenyataan itu ketika mengulas keputusan dua pemain tonggak, Shahrul Mohd. Saad dan Guilherme De Paula yang meninggalkan pasukan dan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan para pemain di Stadium Perak baru-baru ini bagi mencari jalan penyelesaian isu tunggakan gaji.

Menurut Sham, tumpuan dalam pertemuan itu adalah untuk menyelesaikan bayaran gaji kepada semua pemain.

“Dalam pertemuan itu juga, saya mengatakan bahawa pemain-pemain yang nak berhijrah, kita tiada sebarang halangan,” katanya.

Setakat ini, selain Shahrul Saad dan De Paula, dua lagi pemain Perak FC iaitu Kenny Pallraj dan J. Partiban juga meninggalkan pasukan dan menyertai KL City FC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya