Leclerc sambar petak pertama buat Ferrari - Utusan Malaysia

Leclerc sambar petak pertama buat Ferrari

CHARLES LECLERC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO: Pemandu tuan rumah, Charles Leclerc akan memulakan Grand Prix Formula Satu (F1) Monaco esok dari petak pertama, meskipun kereta Ferrari yang dipandunya melanggar tembok dan dia berisiko dikenakan penalti.

Leclerc menamatkan sesi kelayakan dengan catatan terpantas 1 minit, 10.346 saat mengenepikan pemandu Red Bull, Max Verstappen di tempat kedua (1:10.576s) manakala Valtteri Bottas dari pasukan Mercedes di tempat ketiga (1:10.601s).

Juara dunia, Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan dari baris keempat selepas sekadar menamatkan kelayakan dengan catatan ketujuh terpantas, keputusan yang amat mengejutkan.

Leclerc mengakui bimbang mungkin dikenakan penalti akibat menukar kotak gear, namun prestasinya hari ini membuktikan pasukan legenda Ferrari sudah keluar dari kemerosotan dan bersedia untuk bangkit.

“Memalukan kerana menamatkan saingan dengan melanggar tembok tetapi saya amat gembira dengan catatan sepusingan yang dilakukan.

“Saya dapat rasakan saya amat beremosi di dalam kereta. Sekarang masa untuk meletakkan semuanya di tempat yang betul dan saya sangat gembira,” kata Leclerc.

Rakan sepasukannya, Carlos Sainz akan memulakan perlumbaan di baris kedua selepas mencatat masa keempat terpantas, sekali gus memberi amaran kepada semua pasukan bahawa Ferrari sudah bersedia memberi cabaran sengit.

“Selepas persembahan hambar tahun lalu, ini adalah satu langkah ke depan. Petak pertama dan kedudukan keempat satu keputusan yang baik buat pasukan.

“Situasi kotak gear agak membimbangkan tetapi kami menyerahkan kepada jurutera pasukan untuk menentukan apa yang terbaik dalam tempoh beberapa jam ini,” kata Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.