Larian IJM Allianz Virtual Highway untuk peminat maraton lepas 'gian' - Utusan Malaysia

Larian IJM Allianz Virtual Highway untuk peminat maraton lepas ‘gian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas terpaksa membatalkan IJM Allianz Duo Highway Challenge tahun lalu akibat pandemik Covid-19, peminat maraton tempatan kini boleh menyertai Larian IJM Allianz Virtual Highway 2021.

Begitupun, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, penganjuran kali ini akan berlangsung secara maya selepas mengambil kira penularan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Keterujaan dan cabaran yang ditawarkan tetap sama, malah lebih menarik dan bersifat terbuka apabila penganjuran kali ini akan berlangsung hampir sebulan bermula 15 Mei sehingga 13 Jun.

Lebih menarik, tempoh pendaftaran untuk larian kali ini lebih panjang iaitu bermula semalam sehingga 13 Jun sekali gus membolehkan peserta merancang larian mengikut masa dan waktu yang dirasakan sesuai.

WAN SALWANI WAN YUSOFF

“Oleh kerana ketika ini tidak dibenarkan menganjurkan perhimpunan berskala besar akibat pandemik Covid-19, larian secara maya adalah pilihan yang semakin popular.

“Ini kerana kami mahu memberikan sesuatu kepada peserta yang boleh memulihkan motivasi dan membangkitkan semula semangat mereka untuk berlari. Tanpa sebarang penganjuran larian, semangat setiap pelari akan menurun.

“Dengan pandemik Covid-19 yang terus melanda negara, adalah amat penting untuk semua menjaga kesihatan pada tahap optimum dan terus memastikan sistem imun diri terus kuat.

“Paling penting kami mahu memastikan jenama IJM Allianz Duo Highway Challenge sentiasa diingati oleh setiap peserta.

“Bagi kami, dengan kehadiran bulan Ramadan, ia membolehkan para peserta mempunyai masa mencukupi melengkapkan larian mengikut kategori yang dipilih, terutama sekali apabila tempoh diberikan itu adalah ketika hari raya,” kata Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff.

Memandangkan ia adalah larian secara maya, terdapat tiga kategori yang dipertandingkan bagi memenuhi kehendak peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kehendak dan lapisan umur.

Menariknya penganjuran kali ini adalah yuran penyertaan yang sangat berpatutan bermula pakej RM29 dan RM39.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.ijmhighwayrun.com serta Facebook IJM Allianz Duo Highway Challenge.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.