Klopp tenang Mane buat 'drama' - Utusan Malaysia

Klopp tenang Mane buat ‘drama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Jurgen Klopp tidak mahu memanjangkan insiden yang menyaksikan Sadio Mane enggan bersalaman dengannya ketika Liverpool mengalahkan Manchester United 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Mane tidak gembira kerana dibawa masuk sebagai pemain gantian, dan ketika wisel penamat ditiupkan Klopp masuk ke padang untuk meraikan kemenangan bersama pemainnya.

Dia menghulur tangan kepada Mane untuk mengucapkan tahniah, namun penyerang Senegal itu enggan menyahut salamnnya dan berlalu begitu saja.

Ketika ditanya mengenai insiden tersebut, Klopp berkata: “Tidak, tiada masalah.

“Semalam saya membuat keputusan saat akhir untuk menurunkan Diogo Jota dalam latihan. Biasanya saya akan menjelaskan perkara begini tapi tiada masa. Semuanya baik-baik.”

JURGEN KLOPP

Reds kini amat terdesak untuk memburu kelompok empat teratas bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kemenangan di Old Trafford menghidupkan peluang mereka yang kini melonjak ke tangga kelima dengan 60 mata, empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Selepas ketinggalan 0-1 menerusi gol Bruno Fernandes, Liverpool mempamer kebangkitan hebat hasil jaringan Diogo Jota dan dua gol Roberto Firmino untuk kedudukan 1-3.

Usaha United untuk bangkit selepas merapatkan jurang 2-3 menerusi Marcus Rashford bagaimanapun tidak kesampaian selepas Mohamed Salah meledak gol keempat Reds.

“Sejak saya melatih Liverpool, ini kemenangan pertama saya di Old Trafford.

“Ia datang pada masa yang tepat ketika kami sedang berjuang untuk kelompok empat teratas,” kata Klopp.

Liverpool akan melengkapkan tiga perlawanan terakhir Liga Perdana dengan menentang West Brom, Burnley dan Crystal Palace. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya