Jun Hoong atlet ke-13 layak ke Olimpik Tokyo - Utusan Malaysia

Jun Hoong atlet ke-13 layak ke Olimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu terjun negara Cheong Jun Hoong mengesahkan tempat di Olimpik Tokyo dan menjadi atlet negara seterusnya layak ke temasya itu.

Bekas juara dunia dan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu muncul atlet ke-13 Malaysia melayakkan diri ke temasya Tokyo yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Jun Hoong, 31, menguasai pusingan kelayakan acara 10 meter platform wanita pada Kejohanan Terjun Piala Dunia di Jepun selepas mengumpul 345.30 mata.

Tempat kedua milik penerjun Rusia, Luliia Timoshinina, 336.70 mata dan Gabriela Agundez Garcia dari Mexico ketiga, 325.65 mata.

Kejayaan itu menyaksikan Jun Hoong layak beraksi di separuh akhir acara tersebut yang akan berlangsung esok pada jam 4 petang waktu tempatan.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara Pandelela menamatkan saingan pusingan kelayakan di kedudukan keempat apabila mengumpul 325 mata.

Begitupun, ia tidak menjejaskan Pandelela yang sudahpun mengesahkan tempat ke Tokyo dalam acara itu dan 10m terjun seirama bersama Leong Mun Yee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.