Harimau Selatan mudah jinakkan Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

Harimau Selatan mudah jinakkan Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jangkaan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menerima tentangan sengit Penang FC dalam aksi Liga Super malam ini meleset apabila Harimau Selatan mudah menjinakkan Harimau Kumbang 3-0.

Kemenangan itu membolehkan JDT mengukuhkan kedudukan pendahulu liga dengan mengumpul 30 mata daripada 13 perlawanan, empat mata mengatasi Kedah yang menang 1-0 di Sabah.

Selepas cemerlang mengharungi sembilan perlawanan tanpa kalah sebelum ini, Penang kini mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

Anak-anak buat Tomas Trucha turut tumpas 1-3 kepada Kuala Lumpur City dalam aksi terakhir, Selasa lalu.

Dalam aksi di Stadium Bandaraya, JDT menguasai sebahagian besar perlawanan, malah membuka jaringan seawal minit ke-15 selepas Safawi Rasid menyudahkan hantaran jauh Safiq Rahim.

Ketika babak pertama berbaki tiga minit, Bergson da Silva menggandakan kedudukan 2-0 untuk jaringannya yang ke-11 musim ini.

Memasuki babak kedua, Harimau Selatan terus agresif untuk menambah jaringan.

Pemain naturalisasi pertama Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh akhirnya menambah derita tuan rumah dengan meledak gol ketiga JDT pada minit ke-51.

Usaha Penang untuk merapatkan jurang tidak kesampaian apabila jaringan Casagrande pada minit ke-77 dibatalkan pengadil.

Lebih malang lagi, Harimau Kumbang terpaksa menutup saingan dengan 10 pemain selepas Casagrande dibuang padang pada minit ke-88 kerana menerima kad kuning kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya