Hafizul saman peminat RM5 juta - Utusan Malaysia

Hafizul saman peminat RM5 juta

HAFIZUL HAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menyaman seorang penyokong sebanyak RM5 juta kerana mendakwa dia menjadi ketua menurunkan bendera Perak separuh tiang malam semalam.

Peminat itu menularkan dalam media sosial bahawa Hafizul Hakim menjadi ketua dalam insiden pemboikotan latihan itu.

“Saya ingin nafikan saya atau rakan sepasukan terlibat dalam insiden menurunkan bendera Perak.

“Kami masuk ke dalam stadium pada pukul 9.30 malam dan keluar kira-kira 11.30 malam dan mendapati bendera sudah berada separuh tiang

“Ini perkara serius kerana membabitkan kemangkatan Sultan ,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

KEADAAN di pekarangan Stadium Perak ketika pemain Perak FC memulaukan sesi latihan malam semalam. – UTUSAN/GAMBAR MEDIA SOSIAL

Menurut Hafizul Hakim, dia tidak kenal orang yang memfitnahnya itu tetapi tahu individu itu selalu mengecam dan memburuk-burukkan dirinya.

“Saya sudah buat dua laporan penafian dan laporan polis di Balai Polis Sungai Senam dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Terpulanglah bagaimana dia mahu selesaikannya.

“Dia boleh kutuk saya namun jangan sentuh famili dan buat fitnah yang keterlaluan,” ujarnya.

Mengenai kejadian boikot pasukan malam kelmarin, Hafizul berkata, ia bukan tindakan disengajakan tetapi sebagai isyarat kepada pengurusan Perak FC.

“Kita harap perkara yang berlaku tidak berulang. Kami faham kesulitan dihadapi dan bersedia bertolak ansur,” katanya.

Katanya, dia dan rakan sepasukan bertekad membantu Perak mengutip mata penuh apabila bertemu Sri Pahang FC dalam perlawanan Liga Super di sini esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya