fbpx

Hafizh yakin akan raih mata musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula de­ngan kegagalan, kini pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengorak langkah positif apabila mempamer tunggangan positif ketika bersaing dalam Grand Prix (GP) Sepanyol kelmarin.

Pelumba NTS RW Racing GP itu berkata, dia yakin dapat mengutip mata tidak lama lagi selepas menghuni tempat ke-17 dalam perlumbaan di litar Jerez.

“Benar ia adalah perlumbaan yang sukar terutama pada awal perlumbaan tetapi penting untuk kami terus berusaha dan mendapatkan keputusan terbaik.

“Menamatkan saingan di kedudukan ke-17 memberi sikit kepuasan dan membawa perasaan lebih baik untuk perlumbaan seterusnya

“Kita semakin dekat untuk meraih keputusan, kedudukan dan kutipan mata yang lebih baik untuk dalam saingan kali ini,” kata Hafizh semalam.

Laluan pelumba berusia 27 tahun itu sangat berliku sebelum menyertai NTS RW Ra­cing GP, dengan menggunakan lima chasis dalam tempoh lima tahun.

Selepas menggunakan chasis Kalex sejak 2012, Hafizh menyertai kelas MotoGP bersama Yamaha pada 2018, diikuti KTM (MotoGP), Speed Up (Moto2) dan terkini NTS.

Bersama pasukan berpangkalan di Belanda itu, Hafizh pada aksi pembukaan di GP Qatar gagal menamatkan perlumbaan, diikuti tempat ke-21 (GP Doha), 18 (GP Portugal) dan terkini 17 (GP Sepanyol).

×
×