FAM hantar surat rayuan kepada FIFA - Utusan Malaysia

FAM hantar surat rayuan kepada FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) agar membuat ketetapan adil dan saksama kepada semua pasukan yang terlibat dalam kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, ia susulan penarikan diri Korea Utara yang membawa kepada pelbagai kemungkinan, termasuk mata yang diraih ke atas pasukan tangga tercorot setiap kumpulan tidak akan dikira.

Katanya, situasi tersebut menyukarkan peluang kebanyakan pasukan kerana pusingan kedua hanya berbaki tiga atau empat perlawanan.

“Dalam surat rayuan tersebut, FAM menegaskan supaya FIFA perlu tampil dengan satu penyelesaian atau ketetapan yang saksama kepada semua pasukan dengan menitik beratkan semangat fair play dan mengambil kira faktor integriti dalam sukan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kelmarin, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Korea Utara menarik diri daripada baki kempen kelayakan ke Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Badan induk itu menjelaskan perkara tersebut akan dirujuk kepada jawatankuasa penganjur untuk kejohanan FIFA dan perincian lebih lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Biarpun tidak berada dalam kumpulan sama dengan Korea Utara, namun penarikan diri negara itu turut menjejaskan kedudukan Malaysia dalam kumpulan G kerana dua kemenangan ke atas Indonesia tidak akan dikira.

Begitupun, skuad kebangsaan masih berpeluang memburu slot automatik ke Piala Asia 2023 dan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 menerusi kedudukan tempat kedua terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya