City belum boleh berpesta - Utusan Malaysia

City belum boleh berpesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Jaringan Marcos Alonso pada waktu kecederaan membantu Chelsea menundukkan Manchester City 2-1 sebentar tadi, sekaligus menafikan hajat skuad The Citizens untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris di Etihad.

City yang memerlukan kemenangan untuk dinobat sebagai juara bermula langkah kanan apabila Raheem Sterling meletakkan mereka di depan pada minit ke-44.

Anak-anak buah Pep Guardiola berpeluang menggandakan kedudukan 2-0 pada babak pertama, malangnya Sergio Aguero gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Aguero berdepan detik memalukan apabila tendangan lemahnya hanya meniti di tepi  gawang lawan.

Memasuki separuh masa kedua, Chelsea mula memberi ancaman sebenar kepada City dengan mengatur serangan bertali arus.

 

Akhirnya, Hakim Ziyech menghukum tuan rumah menerusi rembatan dalam kotak penalti di minit ke-65 untuk kedudukan 1-1.

MARCOS Alonso meledak gol kemenangan Chelsea ketika bertemu Manchester City di Etihad.

Ketika permainan menunggu masa untuk ditamatkan, Alonso menyempurnakan hantaran silang Timo Werner, dua minit memasuki waktu kecederaan.

Kemenangan ini memberi suntikan moral buat anak-anak buah Thomas Tuchel menjelang pertembungan dua gergasi Liga Perdana itu dalam final Liga Juara-Juara di Istanbul, 29 Mei ini.

Ia juga mengukuhkan kedudukan Blues dalam kelompok empat terbaik liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya