Abdul Malik selamatkan Sri Pahang - Utusan Malaysia

Abdul Malik selamatkan Sri Pahang

KHAIRUL AZHAN hanya mampu melihat bola tolakan Manuel Hidalgo meluru masuk ke gawangnya dalam aksi di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gol pada masa tambahan lewat separuh masa kedua oleh Abdul Malik Mat Arif menyelamatkan Sri Pahang daripada tewas kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Jaringan berkenaan membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas seri 2-2.

Sri Pahang bermula garang apabila melancarkan serangan sehingga penjaga gol Selangor, Mohamad Khairul Azhan Mohd. Khalid dua kali hampir tertewas ketika baru lima minit perlawanam dimulakan.

Selepas itu, anak buah Karsten Neitzel tidak menunggu lama mengimbangi perlawanan untuk kembali menguasai bola melakukan serangan ke kawasan Sri Pahang.

Sri Pahang patut berterima kasih kepada Mark Goulond yang banyak menyekat pergerakan penyerang Selangor sepanjang 15 minit perlawanan yang dikuasai Selangor.

MANUEL Hidalgo (kanan) mempamer aksi cemerlang pada penampilan pertamanya bersama Sri Pahang.UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

Peluang terbaik Selangor untuk mendahului tuan rumah muncul pada minit ke-23 tetapi tandukan Ahmad Danial Ahmad Asri hanya terkena palang gol sebelum Helmi Eliza Elias sempat menepis bola yang datang buat kali kedua.

Minit ke-25, pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh sempat menitip pesanan kepada anak buahnya selepas perlawanan tergendala kira-kira 10 minit kerana masalah lampu limpah stadium yang padam tiba-tiba.

Sri Pahang kembali bangkit untuk melakukan beberapa percubaan dan pemain import baharu dari Argentina, Manuel Hidalgo hampir menjaringkan gol pada penampilan pertama bersama Sri Pahang.

Sepakan bola mati yang diambil pemain 21 tahun itu dari luar kawasan kotak penalti selepas Sri Pahang mendapat sepakan percuma selepas Abdul Malik Arif dijatuhkan bagaimanapun terkena palang gol.

Memasuki babak kedua, Sri Pahang tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan dan pada minit ke-48, Hidalgo akhirnya berjaya menjaringkan gol untuk Sri Pahang mendahului Selangor 1-0.

Tindak balas Selangor yang tidak mudah berputus asa akhirnya berbalas apabila minit ke-76, Hein Htet Aung berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah untuk menyamakan kedudukan.

Ifedayo dilihat seakan akan menjadi pemusnah harapan Sri Pahang untuk sekurang kurangnya mendapat satu mata apabila berjaya memperdayakan Mohd. Helmi pada minit ke-87.

Bagaimanapun kekasaran Shahrul Nazem sehingga menerima kad merah membolehkan Abdul Malik menjaringkan gol hasil sepakan percuma yang diambil Hidalgo dari luar kawasan D Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya