Nasib Zainal ibarat 'telur di hujung tanduk' - Utusan Malaysia

Nasib Zainal ibarat ‘telur di hujung tanduk’

ZAINAL ABIDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka United dijangka membuat rombakan besar, termasuk menggantikan jurulatih Zainal Abidin Hassan dan beberapa pemain ekoran persembahan buruk pasukan yang menduduki tangga ke-10 Liga Super.

Bayangan itu disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi ekoran kekalahan terbaru skuad Sang Kancil 1-3 kepada Sabah kelmarin.

“Melaka perlu rombakan segera kerana kedudukan kita sekarang ini berada antara tiga tangga tercorot. Tidak mungkin pasukan kita bakal kembali ke Liga Perdana musim depan.

“Ini yang harus kita elakkan dan kita tidak ada pilihan melainkan membuat rombakan bagi memulihkan kembali Melaka untuk kembali bersaing dan mengelak daripada terjerumus ke Liga Perdana,” ujarnya kepada Utusan Malaysia semalam.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, mesyuarat majlis tertinggi MUSA dan Melaka United FC (MUFC) akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membuat keputusan muktamad.

Prestasi turun naik skuad Sang Kancil menyebabkan jurulatihnya diberi kata dua iaitu menang dua perlawanan menentang Perak dan Kedah. Namun ujian pertama menang 1-0 ke atas Perak sebelum tewas 1-3 kepada Kedah di tempat sendiri.

Kekalahan demi kekalahan dialami Melaka menyebabkan Zainal dikritik hebat oleh penyokong skuad Sang Kancil hingga ada yang mahu bekas penyerang kebangsaan itu dipecat segera.

Begitupun, Zainal diberi peluang lagi untuk dinilai dalam dua perlawanan lagi sebelum tirai Liga Super berehat hampir dua bulan.

Bagaimanapun, anak didik Zainal tunduk tewas 1-3 kepada Sabah dan aksi terakhir menentang PJ City di Stadium Hang Jebat, Ahad ini.

Yusoff berkata, kedudukan Zainal akan diputuskan selepas dinilai daripada empat perlawanan liga.

Prestasi pemain tempatan dan import juga akan diputuskan dalam mesyuarat itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya