United mahu tamat badi separuh akhir - Utusan Malaysia

United mahu tamat badi separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Selepas menyingkirkan Granada secara agregat 4-0, Manchester United bersedia menamatkan ‘badi’ kalah dalam empat aksi separuh akhir berturut-turut di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Jaringan Edinson Cavani seawal minit keenam dan gol sendiri pertahanan lawan, Jesus Vallejo membantu United 2-0 dalam suku akhir kedua hari ini.

Kemenangan itu bakal menemukan Red Devils dengan kelab Serie A, Roma pada separuh akhir.

EDIN Dzeko meledak gol tunggal Roma ketika seri 1-1 dengan Ajax pada suku akhir kedua Liga Europa hari ini.

“Misi seterusnya adalah melangkah ke final, kemudian memenangi trofi. Itu sasaran kami.

“Saya boleh nampak keinginan dan motivasi pemain. Saya tidak banyak menonton perlawanan Roma tapi saya tahu mereka mampu bertahan dengan baik.

“Kita juga tahu penyerang mereka, Edin Dzeko amat berbahaya di depan pintu gol.

“Kami tidak sabar untuk menghadapi perlawanan itu. Ia aksi separuh akhir yang berkualiti kerana Roma pasukan hebat dan kaya dengan sejarah,” kata Solskjaer.

Roma mara ke separuh akhir dengan menyingkirkan kelab Belanda, Ajax secara agregat 3-2 selepas aksi suku akhir hari ini berkesudahan seri 1-1.

United gagal menjulang trofi musim lalu sekalipun berjaya melayakkan diri dalam tiga separuh akhir – Liga Europa, Piala FA dan Piala Liga.

Mereka juga tersingkir pada aksi separuh akhir Piala Liga musim ini selepas tumpas kepada Manchester City.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya