fbpx

‘Ubi muda’ Perak terbaik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semangat kental dan cekal ubi muda Perak II harus menjadi contoh kepada pemain bola sepak dalam Liga Malaysia (M).

Walaupun dibelenggu kemelut kewangan apabila tidak dibayar gaji selama dua bulan, anak-anak buah Syamsul Mohd. Saad tetap mempamer permainan bersemangat.

Mereka mempamer persembahan terpuji  ketika menentang Terengganu II dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, semalam yang berkesudahan terikat tanpa jaringan.

Pemain-pemain itu bermain seperti tidak menghadapi sebarang masalah sedangkan umum tahu fikiran mereka berkecamuk dan berserabut memikirkan masalah kewangan yang dihadapi.

Hakikat itu diakui Syamsul ketika mengulas persembahan anak  didiknya semasa bertemu pasukan feeder Terengganu FC itu.

“Saya berbangga dengan persembahan pemain setakat ini. Walaupun mereka dibelenggu pelbagai halangan tetapi mereka tetap cekal dan bersemangat kental.

“Pasukan ini menghadapi masalah dari awal penubuhan sehingga sekarang, serta kami tidak mempunyai pemain yang cukup dan tanpa tenaga awang import.

“Sergio Aguero dan dua tiga premain lain kini dipinjamkan kepada pasukan utama Liga Super,” kata Syamsul.

Alangkah baiknya jika pemain bola sepak memiliki semangat jusng tulen seperti ini walaupun ini  era profesional.

Wang bukan segalanya. Jelas pemain muda Perak II  ini membuktikan pengorbanan tinggi mereka kepada pengurusan serta pegawai tinggi Perak FC.

Kudos kepada pemain muda Ini kerana menunjukkan nilai kemanusiaan  dan kesetiaan kepada negeri masih wujud dalam diri mereka. – UTUSAN