Rasa lebih 'selamat' dapat vaksin - Utusan Malaysia

Rasa lebih ‘selamat’ dapat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua atlet negara yang akan menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 merasa lebih ‘selamat’ selepas menerima suntikan dos pertama vaksin sempena program imunisasi Covid-19 kebangsaan sebagai persiapan ke temasya berkenaan.

Dalam program tersebut, seramai 264 atlet dan pegawai yang terlibat di temasya sukan terbesar dunia itu telah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras semalam.

Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi yang sah ke Olimpik Tokyo pada Julai ini nanti mengakui gembira dengan program imunisasi Covid-19, malah menjelaskan suntikan ini memberi keyakinan kepada atlet negara menyertai kejohanan di pentas antarabangsa.

“Pemberian vaksin Covid-19 ini adalah satu langkah terbaik dan saya kini rasa lebih selamat dan selesa kerana selepas ini atlet negara tidak perlu risau ketika ingin menyertai Sukan Olimpik Tokyo nanti.

“Saya akui gembira kerana menjadi yang terawal menerima suntikan vaksin dan selepas ini kami boleh menyertai kejohanan Piala Dunia di Mesir pada Jun nanti tanpa sebarang kebimbangan.

“Ia kejohanan pertama saya selepas kali terakhir menyertai kejohanan kompetitif di Sukan SEA 2019. Saya harap mampu lakukan terbaik dan mencari semula keyakinan saya di Mesir nanti.

“Di situ nanti saya dapat mengukur prestasi saya sudah berada di tahap mana,” katanya kepada pemberita, semalam.

REEZAL Merican Naina Merican turut menerima vaksin Covid-19.

Turut menerima vaksin Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.