Quartararo memenangi perlumbaan epik GP Doha - Utusan Malaysia

Quartararo memenangi perlumbaan epik GP Doha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo memenangi perlumbaan epik MotoGP Grand Prix (GP) Doha malam tadi, yang menyaksikan persaingan paling sengit di antara 15 pelumba.

Hanya 8.928 saat memisahkan Quartararo dan pelumba tangga ke-15, Miguel Oliveira selepas dia mencatat 42 minit 23.997s.

Rakan senegara Quartararo dari Perancis, dari pasukan Ducati-Pramac, Johann Zarco menamatkan saingan di tangga kedua.

Rakan sepasukan Zarco dan pendatang baharu MotoGP, Jorge Martin yang memulakan saingan dari petak pertama melengkapkan podium ketiga.

Ini kali pertama dua pelumba Perancis menaiki podiun dalam kelas perdana sejak 1954 ketika Pierre Monneret muncul juara dan Jacques Collot di tangga ketiga.

Sejurus tamat perlumbaan, Quartararo bergurau ‘akan menikmati kemenangan dengan McDonald’s malam ini.

“Saya mengejar dari kedudukan kelapan, memecut dan permukaan trek sama sekali berbeza berbanding ketika sesi latihan serta pemanas badan.

“Saya sentiasa mengimpikan kemenangan di Qatar. Malang sekali saya tidak menang dalam perlumbaan pertama (minggu lalu) tapi saya bangkit minggu ini,” kata Quartararo.

Rakan sepasukan Quartararo, Maverick Vinales yang menjuarai GP Qatar di litar sama minggu lalu menamatkan saingan di tempat kelima.

VALENTINO ROSSI

Juara tujuh kali, Valentino Rossi sekali lagi mengharungi aksi mengecewakan bersama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) selepas menduduki tangga ke-16.

Pelumba Suzuki dan juara dunia dari Sepanyol, Joan Mir menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Pelumba Britain, Sam Lowe memenangi perlumbaan Moto2 kedua di Qatar selepas melengkapkan 20 pusingan dengan masa 39 minit 52.702s

Pelumba Kalex itu mengenepikan pelumba Australia, Remy Gardner ke tangga kedua manakala Raul Fernandez dari Sepanyol ketiga.

Dalam saingan Moto3, pelumba remaja Sepanyol, Pedro Acosta melakar kemenangan sensasi selepas memulakan perlumbaan dari lorong pit ekoran dikenakan penalti.

Pelumba KTM berusia 16 tahun itu merangkul kejuaraan pertamanya selepas muncul naib juara minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya