fbpx

11 April 2021, 11:30 pm

  TERKINI

PSG lebur rekod sempurna Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Rekod 19 perlawanan tanpa kalah Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara lebur selepas juara Eropah itu tumbang 2-3 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada suku akhir pertama hari ini.

Dua jaringan Kylian Mbappe dan satu gol menerusi Marquinhos membolehkan PSG membalas dendam atas kekalahan kepada Bayern dalam final musim lalu, sekali gus memberi kelebihan selesa apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi timbal balik, Rabu depan.

Ini kekalahan pertama skuad bimbingan Hansi Flick di pentas Eropah sejak Mac 2019.

Marquinhos  menewaskan Manuel Neuer untuk gol kedua PSG. 

PSG bermula garang mendahului 2-0 hanya selepas 28 minit permainan bermula di Allianz Arena menerusi gerakan cantik Neymar kepada Mbappe dan Marquinhos.

Bayern yang beraksi tanpa penjaring terbanyaknya, Robert Lewandowski akibat kecederaan lutut menyamakan kedudukan menerusi tandukan Eric Maxim Choupo-Moting dan Thomas Mueller.

Mbappe bagaimanapun membuktikan kehebatannya dengan meledak gol cantik pada minit ke-68 untuk memberi kemenangan berharga buat pasukan pelawat.

Penjaga gol PSG, Keylor Navas turut memainkan peranan besar menyelamatkan banyak percubaan Bayern, termasuk situasi bahaya di hujung perlawanan.

Pandemik Covid-19 juga membayangi pertembungan dua gergasi itu apabila Bayern beraksi tanpa Serge Gnabry, manakala PSG kehilangan Alessandro Florenzi dan Marco Verratti akibat positif. – AGENSI