fbpx

28 November 2021, 7:21 am

  TERKINI

Penyokong tiada masalah patuhi SOP

REEZAL Merican Nainal Merican memantau sendiri perjalanan perlawanan JDT menentang Melaka United, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat Liga Malaysia (Liga M) menganggap tiada masalah untuk mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selepas proses kemasukan penyokong ke stadium bagi perlawanan Kuala Lumpur City dan Sabah berjalan lancar.

Salah seorang penyokong Kuala Lumpur, Ainul Hazeem Ainuddin menyifatkan SOP ketat yang perlu dipatuhi itu sangat penting bagi memastikan semua berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Dia percaya, penyokong tidak berdepan masalah untuk memberikan kerjasama selepas melihat sendiri keadaan di stadium terkawal sepanjang perlawanan.

“Semestinya saya rasa teruja sebab selepas lebih 12 bulan kita tak dapat ke stadium dan sekarang, ini kali pertama kita dapat juga jejak kaki di sini.

“Yang penting adalah bagaimana kita perlu ikut segala SOP yang telah ditetapkan untuk memastikan kita dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini,” katanya.

Bagi penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhamad Nurhamizan Md. Amin, dia mengharapkan suasana di stadium akan kekal terkawal hingga penghujung musim selepas menyaksikan buat kali pertama perlawanan JDT menentang Melaka United.

Pertemuan JDT dan Melaka, Jumaat lalu menjadi aksi Liga M pertama dibuka kepada penonton selepas lebih setahun dan perjalanan perlawanan berjalan lancar melibatkan 2,000 penyokong.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut sendiri memantau proses SOP perlawanan tersebut amat berpuas hati, malah yakin aksi tersebut mampu meyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberi kebenaran kepada lebih banyak acara sukan lain dibuka kepada penonton.

Perlawanan perintis kedua melibatkan Kuala Lumpur City (KL City) dan Sabah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Sabtu lalu juga berjalan lancar.

POPULAR

KOSMO! TERKINI