Penyokong Terengganu jangan buat 'onar' - Utusan Malaysia

Penyokong Terengganu jangan buat ‘onar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penyokong Terengganu FC diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak terlalu ghairah apabila menonton perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam kini.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC, Mohd. Isa Che Arifin berkata, mereka mengambil serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan bahawa badan pengelola Liga M itu tidak teragak-agak menutup pintu stadium jika penyokong melanggar SOP.

“Kami berterima kasih kepada MFL dan kerajaan yang berusaha mengembalikan kemeriahan Liga Malaysia dengan membenarkan penonton ke stadium.

“Tetapi itu bukan lesen besar untuk penyokong alpa, sebaliknya perlu berdisiplin dan menjaga SOP terutama dalam keadaan sesak,” katanya semalam.

Seramai 6,000 penonton dijangka hadir ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini dengan penjualan tiket secara atas talian mula dibuat tuan rumah, Sabtu lalu.

Terdahulu, media melaporkan kebimbangan Ab. Ghani ekoran laporan pasukan pemantau Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung kegagalan penyokong mematuhi SOP di stadium.

Badan pengelola Liga M itu tidak menolak kemungkinan menarik balik keputusan kemasukan penonton sebagai hukuman berikutan jumlah kes Covid-19 yang meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya