Penggantungan PSM tak jejas misi Sukan SEA - Utusan Malaysia

Penggantungan PSM tak jejas misi Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun berdepan penggantungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) tidak berdepan masalah untuk menghantar pasukan ke Sukan SEA Vietnam yang akan berlangsung November ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, penggantungan itu hanya melibatkan penganjuran kejohanan di bawah Astaf dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf).

Katanya, penglibatan pasukan di dalam Sukan SEA adalah termaktub di bawah bidang kuasa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana ia melibatkan penyertaan negara dalam sebuah temasya antarabangsa.

“Insiden seperti ini pernah berlaku melibatkan persatuan di Indonesia, Filipina dan Brunei tetapi mereka masih boleh beraksi di Sukan SEA.

“Macam contoh, PSM digantung oleh Astaf, mereka tetap boleh ke Sukan SEA kerana persatuan itu masih aktif di dalam Malaysia, cuma mereka tidak boleh menyertai kejohanan di bawah Astaf macam Piala Raja Thailand dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

AHMAD SHAPAWI ISMAIL

Astaf merancang untuk mengambil tindakan disiplin terhadap PSM selepas presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail gagal memberi sebarang maklum balas dalam tempoh 14 hari berhubung empat pertuduhan berhubung pemilihan badan induk Asia itu pada 1 Mac lalu.

Ahmad berdepan empat pertuduhan termasuk pelanggaran Artikel 5.5 undang-undang Astaf dengan menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dengan harapan mereka akan campur tangan terhadap keputusan pemilihan yang berlangsung 1 Mac lalu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi bersedia untuk bertemu dengan kepimpinan Astaf di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Bulan-bulan puasa ini saya malas nak komen. Jumpa di mahkamah nanti, biarlah mereka nak buat apa pun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya