Pemain Liga Turki berbuka puasa di atas padang - Utusan Malaysia

Pemain Liga Turki berbuka puasa di atas padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Pemain Liga Turki mencuri tumpuan peminat bola sepak semalam apabila berhenti daripada meneruskan perlawanan sejurus selepas azan berkumandang untuk berbuka puasa.

Stesen penyiar beIN Sports merakamkan detik itu dan berkongsi video di Twitter dengan menunjukkan beberapa pemain Ankara Keciorengucu berbuka puasa ketika menentang Giresunspor dalam First League TFF iaitu liga divisyen dua Turki.

Empat pemain berlutut di atas padang sambil menjamah kurma dan pisang, manakala penjaga gol, Metin Ucar meneguk sebotol air.

“Apabila permainan dihentikan ekoran kecederaan pemain dalam aksi di antara GZT Giresunspor dan Ankara Keciorengucu, serentak dengan itu azan berkumandang dan pemain mengambil peluang berbuka puasa,” tulis Twitter beIN Sports.

Sehingga semalam, klip video tersebut telah ditonton lebih tiga juta kali di platform media sosial.

Dalam perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia 2018, penjaga gol Tunisia, Mouez Hassen mengalami kecederaan ketika azan berkumandang, sekali gus memberi peluang kepada rakan sepasukannya berbuka puasa.

Setahun selepas itu, dua pemain Ajax, Hakim Ziyech dan Noussair Mazraoui berpuasa ketika separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham. Mereka sempat berbuka puasa pada minit ke-24. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.