fbpx

22 September 2021, 4:19 am

  TERKINI

MWSP perintis kad diskaun buat 1,300 atlet

ANNUAR Musa (tengah) melancarkan Kad Diskaun Team Wipers di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MWSP) memperkenalkan Kad Diskaun Team Wipers yang bakal memberi manfaat kepada 1,300 atlet di bawah majlis sukan negeri itu.

Inisiatif yang pertama diwujudkan oleh majlis sukan negeri di Malaysia itu akan membolehkan atlet membeli peralatan sukan di kedai ataupun laman web yang disenaraikan dengan potongan 25 hingga 30 peratus.

“Ini seiring dengan inisiatif Wilayah Cakna yang memberi penekanan terhadap kebajikan atlet menerusi dua pengenalan dua elemen utama yang memberi manfaat kepada kebajikan atlet.

“Dua elemen terbabit adalah menerusi kerjasama laluan pendidikan dan latihan kemahiran antara universiti dan syarikat swasta serta pengenalan Kad Diskaun Team Wipers,” kata MSWP dalam satu kenyataan, hari ini.

Atlet Wilayah Persekutuan sebelum ini, turut menerima pelbagai kebajikan termasuklah perlindungan insurans, Skim Insentif Kemenangan, bantuan perubatan dan rehabilitasi sukan serta banyak lagi.

Terdahulu, MSWP menganjurkan Seminar Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan di Wilayah Persekutuan 2021 dengan mengumpulkan sembilan pembentang yang berpengalaman luas untuk berkongsi kepakaran masing-masing bersama 150 jurulatih di bawah persatuan sukan negeri di bawah MSWP.

Pada majlis sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa turut hadir menyaksikan pertukaran lima perjanjian persefahaman (MoU) antara MSWP dengan beberapa universiti dan agensi swasta.

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN