Misi kejuaraan Atletico terancam - Utusan Malaysia

Misi kejuaraan Atletico terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Peluang Atletico Madrid untuk merangkul kejuaraan La Liga terancam selepas kalah mengejut 1-2 kepada Athletic Bilbao pagi tadi, sekali gus memberi kelebihan buat Barcelona.

Selepas Real Madrid seri 0-0 dengan Real Betis semalam, Atletico berpeluang menjarakkan diri namun sebaliknya kelebihan mereka makin berkurangan dengan kekalahan di San Mames.

Barcelona yang mengalahkan Villarreal 2-1 semalam ketinggalan dua mata di belakang Atletico, yang berkongsi 71 mata bersama Real.

Bagaimanapun, Barca memiliki kelebihan satu perlawanan ketika liga pula berbaki enam permainan.

Skuad bimbingan Ronald Koeman itu akan merampas kedudukan teratas jika menang ke atas Granada di laman sendiri, Khamis ini.

Atletico mungkin akan mencari jalan untuk kembali meraih kemenangan tetapi mereka masih perlu bermain di Camp Nou pada 8 Mei.

“Ada empat pasukan masih mengejar dan keadaan kini semakin beremosi, mereka yang memiliki kekuatan mental akan menghampiri kemenangan.

“Kami sedar peluang kami terletak diri sendiri,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Secara matematik, pasukan tangga keempat, Sevilla yang mengumpul 70 mata masih mampu mencabar kejuaraan liga. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya