Liverpool bergelora? - Utusan Malaysia

Liverpool bergelora?

MASA depan trio Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane kini menjadi tanda tanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Keadaan tegang kini menyelubungi bilik persalinan Liverpool selepas Sadio Mane dan Roberto Firmino dilaporkan sudah ‘tidak mempercayai’ Mohamed Salah, lapor akhbar Sepanyol, El Pais.

Menurut akhbar berkenaan, berlaku pergeseran di antara Mane dan Salah, namun mereka tidak mahu menunjukkan kepada umum terdapat perselisihan dalam kem Liverpool.

Kata akhbar itu, bilik persalinan Reds diselubungi ‘rasa cemburu’ dan kebencian terhadap Salah, pemain yang menerima gaji tertinggi dalam pasukan.

MOHAMED Salah menjalani latihan di pusat latihan Liverpool semalam menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa malam ini. – IHSAN LIVERPOOL FC

“Mane dan Firmino mengetuai kumpulan yang melihat Salah sebagai pemain yang menganggap dirinya istimewa dengan sering mengambil kesempatan serta membiarkan orang lain ‘membuat kerja’ untuknya di atas padang, termasuk merampas bola daripada lawan.

“Menyedari dia telah menimbulkan rasa tidak selesa, Salah menunjukkan tanda-tanda kebosanan.

“Dilahirkan dalam keluarga kaya pengeksport bunga melati dari Delta Nil, pada usia 28 tahun Salah nampaknya tidak bersedia untuk bersusah payah,” tulis Diego Torres, wartawan bola sepak yang sering menulis cerita belakang tabir bola sepak.

Torres adalah orang yang bertanggungjawab menulis artikel The Special One: The Dark Side of Jose Mourinho dalam El Pais, yang membongkar secara terperinci kisah belakang tabir Mourinho sepanjang menjadi pengendali Real Madrid.

Menurut Torres, sumber rapat Liverpool memberitahu, juara Liga Perdana Inggeris itu sepatutnya menjual Salah pada musim panas lalu, namun pandemik Covid-19 menyebabkan mereka berdepan ‘tekanan pasaran’.

Selepas kekalahan 0-1 kepada Chelsea dalam aksi Liga Perdana 5 Mac lalu, Torres turut menulis bahawa Mane dan Firmino tidak lagi serasi dengan Salah kerana gandingan tersebut tidak mempercayai bintang Mesir itu.

“Mereka sudah bosan kerana terpaksa menjadi pemain yang melakukan semua kerja dan Salah hanya menunggu peluang untuk menyudahkan hantaran rakan-rakan sepasukan sedangkan dia adalah penerima gaji tertinggi,” tulis Torres.

MICHAEL OWEN

Pada awal musim ini, bekas bintang penyerang Liverpool, Michael Owen pernah mendedahkan, Mane sengaja tidak mahu memenangi sepakan penalti kerana dia tidak mahu Salah melakukan tendangan dan seterusnya menjaringkan gol.

Salah yang menyertai Liverpool pada 2017 menikmati gaji 200,000 pound (RM1.13 juta) seminggu manakala Firmino meraih 180,000  pound (RM1.02 juta) dan Mane dengan 100,000 pound (RM566,000). – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN