Kelantan United enggan putih mata - Utusan Malaysia

Kelantan United enggan putih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United FC enggan berputih mata sebaliknya mahu menang ke atas Skuad Projek FAM-MSN pada aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam, malam esok.

Penolong pengurus, Nik Khuzaimi Nudin berkata, skuad The Greens Deer tidak boleh tercicir mata pada pertemuan itu seandainya mahu terus berada dalam kelompok terbaik dalam carta liga.

“Lihat pasukan pencabar Liga Perdana di atas kita, mereka menjarakkan kedudukan setelah konsisten dari perlawanan ke perlawanan.

“Justeru itu, pemain kami juga mesti konsisten. Setiap perlawanan adalah final,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Khuzaimi memberitahu, beliau optimis peluang untuk menundukkan barisan bimbang Yusri Che Lah ada, namun pemain Kelantan United FC memberi komitmen sepanjang perlawanan tersebut.

Katanya, motivasi pemain berada di tahap tertinggi setelah kejayaan meleburkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan minggu lalu.

“Bagi saya, perlawanan dengan FAM-MSN tidak mudah kerana mereka pastinya akan beraksi bermati-matian.

“Namun saya mengharapkan mereka untuk mengikuti setiap arahan jurulatih seterusnya meneruskan momentum kemenangan di gelanggang lawan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya