Fadzrul Danel sila bela diri - Utusan Malaysia

Fadzrul Danel sila bela diri

FADZRUL Danel dilayangkan kad merah oleh pengadil, Noor Azriel pada perlawanan Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman Alor Setar, 9 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fadzrul Danel Nizam perlu membela diri selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah mengemukakan notis pertuduhan terhadap pemain tengah Kedah itu.

Pertuduhan itu, susulan tindakan ganas Fadzrul menolak pengadil, Noor Azriel Baharudin dalam aksi Liga Super menentang Terengganu di Stadium Darul Aman, 9 April lalu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, Fadzrul harus membalas notis sebelum dipanggil oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

“Untuk kes baru-baru ini, saya tidak mahu komen sebab saya perlukan perbincangan dalaman dengan unit berkaitan Unit Pengadil dan Unit Undang-Undang kita.

“Tapi untuk pemain Kedah yang diberi kad merah, perkara ini sudah dikeluarkan notis kepada pasukan Kedah untuk memberi afidavit atau balasan kepada notis itu,” katanya.

STUART RAMALINGAM

Mengulas mengenai satu lagi insiden melibatkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera, beliau mengakui masih menunggu maklumat berkaitan kejadian dari pegawai berkenaan.

Pemain itu dikatakan menyentuh pengadil perlawanan, Tuan Yaasin Tuan Hanafiah dua kali dalam aksi menentang Sri Pahang di Kuantan, Jumaat lalu, namun hanya dilayangkan kad kuning.

Sebelum ini, pemain tengah JDT, Natxo Insa turut melakukan perkara sama terhadap Noor Azriel ketika aksi Liga Super menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu yang menyaksikan hukuman penggantungan dua perlawanan.

Selain itu, pemain Kelantan FC, Jack Hindle turut menolak pengadil Amirul Aizat Mohd Lodin selepas pengadil itu dilihat menghalangnya daripada melakukan percubaan dalam kotak penalti ketika perlawanan Liga Perdana antara Kelantan FC dan Perak FC II pada 6 Mac lalu.

FAM sudah memberikan amaran keras kepada Hindle dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama, manakala Natxo berdepan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.